fbpx

Trend Video Marketing

Bukan rahsia lagi bahawa pemasaran video sedang berkembang pesat sekarang dan sebagai bisnes owners anda perlu mengintegrasikannya ke dalam strategi pemasaran anda.

Kini ia merupakan elemen penting dalam mendapatkan perhatian pelanggan anda.

Jadi, apa trend video marketing yang kita perlu tahu?

Live streaming

Live streaming atau video langsung membuat pengguna merasa seperti mereka bercakap dengan terus.

Rasa keintiman ini menggalakkan penglibatan kerana mereka tahu bahawa soalan atau komen mereka akan dijawab dengan serta-merta.

Video Podcast

Podcast merupakan rancangan berbentuk audio yang boleh mengetengahkan pelbagai isu semasa.

Video podcast pula ialah apabila perbualan atau audio itu dirakamkan dalam bentuk video.

Penonton suka untuk melihat keadaan didalam studio. Ianya juga bagus untuk product placement!

Video E-Learning

Video sebegini sangat menarik minat penonton kerana ianya memberikan input yang berguna.

Contoh video seperti video tutorial, DIY dan pelbagai lagi.

Video Vlogging

Vlogging adalah trend video popular yang kita lihat hari ini, terutama di YouTube.

Syarikat boleh menggunakan vlogging untuk membawa penonton lebih dekat kepada jenama mereka, dan menunjukkan syarikat mereka dengan cara yang lebih santai.

IGTV dan Video Menegak

Platform media sosial seperti Snapchat dan Insta Story telah mebuatkan kita sebagai pengguna ralit melihatnya.

Jadi tidak hairanlah kenapa video dengan format ini menjadi salah satu trend dalam video marketing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *