fbpx

Mencari Content Yang Best Untuk Media Sosial?

Menjalankan akaun media sosial professional untuk bisnes anda, tidak seperti Instagram peribadi anda sendiri.

Oleh kerana ianya penting dalam digital marketing, anda perlu titikberatkan pengunaanya ya!

Macam Senang Je Jenama Besar Buat?

Nampak macam mereka post apa sahaja kan? Salah tu.

Mereka sebenarnya tidak lari daripada content yang menaikkan engagement dan shares.

So how do they do it?

Mulakan Dengan Jenama Anda

Sama seperti anda menggunakan media sosial peribadi anda untuk memaparkan ‘updates’ kehidupan anda,

mulakan dengan sorotan kehidupan “syarikat anda”.

Ianya boleh jadi semudah anda berkongsi, bagaimana anda bekereja di pejabat anda atau share je testimony pengguna produk anda

Ini akan membantu anda mengukuhkan lagi jenama anda di media sosial. Selain itu, ia akan mereka sebuah perbualan mengenai produk anda!

‘Stalk’ Pengguna Anda

Jangan salah faham ya! Bukan ‘stalk’ macam tu! Tetapi, perbanyakkan kajian mengenai mereka.

Apa yang mereka suka, apa yang membuatkan mereka suka dengan produk anda.

TIPS: Cuba try search produk anda di Twitter tanpa hashtag atau ‘@’.

Ini akan menunjukkan jika produk anda ada dibualkan di lama Twitter!

Selain itu, sentiasa kaji demografik mereka. Bila dah kenal, barulah boleh cari topik yang kena dengan mereka.

BE ORGANIZED!

Sentiasa tandakan calendar anda. Bila nak post itu, bila nak post ini!

Sentiasa peka dalam tarikh-tarikh yang boleh dibuat topik, seperti Hari Wanita, Hari Guru ataupun Hari Kucing Sedunia!

Dari situ anda bukan sahaja dapat menyusun malah anda juga dapat keep track apa yang anda sudah pernah kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *