fbpx

Emosi Dalam Video?

Jika anda melihat sekitar landskap media sosial,

anda akan mendapati bahawa video adalah content yang paling banyak dikongsi berbanding dengan jenis kandungan lain.

Walaupun terdapat banyak sebab mengapa orang suka berkongsi video,

salah satunya yang paling kuat adalah apabila sesebuah video itu dapat menyentuh emosi penonton.

Mengapa Perlu Ada Emosi Dalam Video?

Dengan membuat video yang meransang emosi khalayak sasaran atau ‘audience’ anda,

mereka bukan sahaja akan berkongsi kandungan anda tetapi juga menyebarkannya melalui rangkaian atau media sosial mereka sendiri.

Contohnya, jika anda membaca blog tradisional atau artikel, anda tidak akan mendapat isyarat emosi yang datang dengan kandungan video.

Baik dari nada suara untuk ‘sound effect’ atau muzik yang digunakan, semuanya boleh memberi kesan positif kepada penonton.

Kesemua elemen itu akhirnya membuatkan content anda menonjol dari yang lain dan juga tidak dapat dilupakan!

Bagaimana Nak Beri Emosi Dalam Video?

Apabila penonton anda dapat mengaitkan hidup mereka dengan video tersebut pastinya mereka lebih cenderung untuk berkongsi video tersebut.

Jadi, cari permasalahan atau jalan cerita yang lebih ‘relatable’.

Ia mungkin tidak mendorong mereka ke arah mengambil tindakan segera, walau bagaimanapun,

ia akan membantu mereka membuat keputusan membeli kemudian apabila mereka melihat lebih banyak kandungan tersebut daripada anda.

Jadi sama ada anda berada di pasaran B2B atau B2C, mengesan emosi penonton anda dengan pemasaran video,

boleh dan akan membantu anda membawa lebih banyak perhatian kepada perniagaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *