fbpx

Buat Video Baru Dikira Content Marketing?

Banyak cara sebenarnya dalam mempromosi atau melakukan pemasaran untuk bisnes anda!

Tak semestinya anda buat video specifically untuk produk anda. Banyak cara lain, sebagai contoh; product placement.

Apa Itu Product Placement?

Kalau anda perasan, sekarang ini dalam kaca TV ataupun video-video YouTube,

kadang-kala ada branding atau jenama yang meletakkan produknya didalam video tersebut.

Ia mungkin tidak ada kena-mengena dengan cerita atau perisian tersebut tetapi apabila adanya produk itu didalam sesebuah babak, kita sebagai penonton akan secara automatic mengenali brand tersebut.

Efektif Ke Buat Macam Tu?

Konsepnya sama seperti jenama yang menaja event-event, ia membuatkan penonton lebih mengenali jenama kita dan seterusnya berminat untuk menggunakan produk anda!

Selain itu, cara ini bukan sahaja menjadikan jenama anda terkenal malah ia juga membolehkan penonton mengetahui cara penggunaanya sekali.

CONTOHNYA

Anda mempunyai produk losyen, dan ada telah membuat product placement didalam sebuah drama TV.

Babak tersebut menunjukkan cara pemakaian losyen itu tanpa perlu menjual.

Anda dapat awareness serta secara tidak langsung, peminat sendiri!

Jadi, tidak semestinya anda perlu membuat video dari mula. Jika anda berpeluang mengiklankan produk anda dengan cara ini. Why not?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *