fbpx

Kenapa dengan ‘influencers’?

Perasan tak dalam media sosial sekarang ramai personaliti yang mengetengahkan sesebuah brand atau jenama.

Key Opinion Leaders (KOL)  juga dikenali sebagai “ influencer” adalah mereka  yang mempunyai pengetahuan tentang sesebuah produk atau bisnes. 

Jadi, apa kehebatan influencers ni? 

Mereka dipercayai oleh kumpulan minat yang relevan serta mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap tingkah laku pengguna.

Makanya, seseorang influencer itu boleh membantu secara langsung dalam sesebuah bisnes. 

Christmas online shopping above view. Female buyer makes order at screen of tablet with credit card. Woman buys presents prepare to xmas eve, sits among gifts boxes and packages. Winter holidays sales

84% pengguna membuat pembelian selepas membaca tentang produk atau perkhidmatan di media sosial, dan itu hampir 9 dalam 10 orang!

Sebabkan itulah, mereka dipanggil ‘influencers’ Mereka boleh mengembangkan jenama anda di media sosial!

Dengan adanya influencer, mereka memberikan tempat dalam penjenamaan anda di dalam media sosial.

Mereka juga mempunyai pengikut yang pelbagai, menjadikan jenama anda lebih dikenali

Tetapi kena ingat..

Apa yang anda ingin capai dalam kempen ‘influencer’ anda? Kerana tidak semua influencer mempunyai kapabiliti yang kena dengan jenama anda.

Jadi, sebelum anda berurusan dengan seseorang influencer itu, pastikan yang mereka mempunyai ‘branding’ yang sesuai dengan bisnes anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *